About Me

My photo
hi all !! Nma ak ialah Sa Michaisi , korang boleh pgil ak Sa. Umur aku baru je 13 taun . Ak tgal kat Felda Guar Napai, Kedah Darul Aman. Ak asal dari Pasir Gudang, Johor Bahru. So kalaw sesiapa yang ingin tahu lebeh tentang diri ak, korang bleh search ak kat facebook: Sa Michaisi :D.. Walaupun blog ak niyh taa secantik mna pun tetapi ak ucapakan terima kaseh coz sanggup see blog ak. Mhupun korang sgja lihat blog ini at dgn tdak sgja , ak taaa kesah lagipown ak wat niyh pown untuk trying jer .. hehe! ak taa lah sepandai mna untuk decrorate blog niyh secantik blog owg laen .. semua ini tuk frend ak jugak &gt>.^ hahahaha xD

World of Me

Me??

hye all..! thx for see my blog :D! although it not atrractive.., i hope u'all enjoy to see it ^^!! ~grr! dlm blog niyh ak ad argh sediakan bbrpa vidoe, so korang tgok la smbil bca cter ak.. hehe.. w'laupown vidoe ini taa the best!! wakaka!!





My Special Person

My Special Person
damn~ he is my boyfren !! he hndsme? ouh~ ,, hehe!! i know him in facebook~auw!mcm cinta pesbuk ler pulak.. hehe.., Nma dye Billy Phatiphant ^^! mmg ak syg dia gler2 .. hain! in love la..kang niyh :D. Walau gi mna pun, kmi tetap tidak mengabaikan tentang pelajaran

My World

My World

Hidup :D

Bagi seseorang hidup ini tidak memerlukan apa lagi hanya kebahagiaan dlm hidup tetapi bagi seseorang pula, hidup kita ini perlukan pelbagai benda , apa yang kita mahu, apa yang kita mimpikan, apa yang kita sukai.. tetapi ia memerlukan masa yang panjang untuk seseorang untuk mendapat benda yang mahu,mimpikan,sukai.. ia agak sukar untuk mencapai nya.. tetapi pabila kita berusaha kita akan mencapainya! Tetapi bgi pelajar seperti aku, aku hanya perlukan kejayaan dahulu . Sesetengah pelajar hidup tanpa BERCAPLE amat menyeksakan tetapi bagi aku pula, CAPLE itu tidak penting ., walaupown aku ada someone tetapi kami selalu fokus pada pelajaran . Menjadi pelajar hanya untuk belajar dan berjaya. :D! Remember that ^^



Kawan

Kita hanya dilahirkan sekali sahaja, apa salah nya andai nya kita mempunyai ramai kawan?? tidak salah kan tetapi berkawan juga perlu pilih , dari sikap,perangai dia,keluarga dia. Walaupun dia miskin atau kaya , kita tidak boleh memilih dari segi itu . Yang penting hati dia ,sikap dia. Sudah beribu-ribue kawan yanga ku temui tetapi sangat susah untuk aku baca hati mereka tetapi sekarang aku sudah tahu . Walaupun dalam fikiran aku selalu fikirkan bahawa erti persahabatan itu tidak akan kukuh untuk selmanya tetapi kini aku telah temui nya dan aku telah memahami nya .. :D.. AKU UCAPKAN ATASA RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA KAWAN-KAWAN AKU YANG SELALU MEYOKONG AKU . KORANG BOLEH ADD AKU DI FACEBOOK > SA MICHAISI (AKU SEDIA MELAYAN) :)

My Followers :D

15 July 2011

Bahaya Rokok

Telah banyak diperkatakan orang tentang bahaya rokok, sama ada kepada penghisap ataupun kepada orang yang berada di sekitarnya. Dalam akitiviti merokok ini, si penghisap rokok dikenal sebagai perokok aktif. Orang-orang yang tersedut asap rokok yang dibebaskan si penghisap rokok itu pula dikenal sebagai perokok pasif.

Tentang asap rokok, kita semua tahu bahawa bahan itu merupakan punca utama pencemaran udara dalaman, sama ada di dalam rumah ataupun di kebanyakan bangunan dan tempat awam. Asap rokok yang terperangkap di dalam rumah akan menjejaskan kesihatan seluruh ahli keluarga, khususnya kanak-kanak. Kajian saintifik yang dilakukan di serata dunia mendapati golongan kanak-kanak yang menjadi penghisap rokok pasif ini sangat terdedah kepada penyakit pernafasan, penyakit telinga tengah, dan serangan asma. Hal ini demikian kerana asap rokok mengandung bahan kimia dan dadah berbahaya.

Asap rokok juga berbahaya kepada ibu-ibu hamil. Seandainya golongan ini terdedah kepada asap rokok, racun dalam asap rokok, racun dalam asap rokok akan sampai kepada kandungannya lalu mengganggu tumbesaran janin. Apabila hal ini berlaku, pembesaran janin akan terencat malah memungkinkan berlakunya keguguran, kelahiran pramatang, dan kadang kala kematian dalam rahim.

Perokok pasif juga terdedah kepada kepada pelbagai penyakit serius yang lain. Antaranya termasuklah kanser paru-paru dan penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, dan sakit kepala. Malah asap rokok juga dpat mengganggu keselesaan mata, hidung, dan tekak, Biasanya, golongan ini akan mengalami masalah mata berair, hidung tersumbat, batuk, bersin, sesak nafas, dan sakit kepala. Bagi penghidap penyakit lelah (asma), asap rokok menyebabkan alahan dan dapat membawa kepada serangan penyakit itu, lalu memburukkan keadaan penghidap asma lagi.

Bagi perokok aktif pula, terbukti bahawa mereka telah dengan sengaja mendedahkan zuriat keturunan mereka kepada bahaya penyakit. Malah perbuatan mereka itu juga memungkinkan zuriat mereka mengalami kecacatan anggota di samping menjejaskan pertumbuhan fizikal dan minda anak-anak mereka. Perokok aktif daripada kalangan ibu bapa juga sangat cenderung menjadi model kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain, kanak-kanak cenderung untuk mencotoh tabiat buruk ini apabila mereka meningkat dewasa kelak. 

No comments:

Post a Comment