Namun lumrah manusia pasti ada yang tamak, ketika rakannya sedang nyenyak tidur, maka Ali mengambil kesempatan menyorok harta rompakan tersebut diluar gua dan menanamnya. Untuk mengelakkan dari harta tersebut ditemui, Ali menulis disekeping papan dan memacaknya di atas harta tersebut sebagai tanda. Setelah itu, bagi mengelakkan dirinya dari disyaki, dia meninggalkan juga sekeping nota disisi ketua perompak iaitu si Abu, selepas itu Ali menyambung tidurnya.
Keesokan harinya, ketua perompak iaitu Abu terkejut melihat harta rompakan disisinya lesap, dan terbaca nota yang ditulis Ali yang berbunyi:
“Ali tidak mengambil harta rompakan itu, tetapi Mamat yang mengambilnya”.Abu dengan kemarahan yang meluap-luap terus membunuh Mamat yang sedang lena tidur itu. Lantas dia mengejutkan Abu dan mengajaknya berpecah untuk mencari dimana Mamat menyorokkan harta tersebut dan berjanji akan membahagikannya kepada 2 bahagian. Abu tersenyum kegembiraan. Setelah mencari sekitar gua, Abu ternampak satu papan tanda yang tertulis:
“Tiada harta rompakan disembunyikan disini”.Abu yang dungu mempercayainya dan terus berlalu. Ali yang terlihat kelakuan Abu ketawa berseorangan kerana taktiknya memperbodohkan ketuanya berjaya dan puas kerana hartanya selamat. Lalu dia berlari ke harta tersebut dan mengoreknya untuk dibawa lari seorang diri. Sedang dia mengeluarkan harta tersebut, tiba-tiba dia ditikam dari belakang. Bila ditolehnya, Ali lihat Abu yang menikamnya. Ketika itu juga Ali tumbang dan mati, Abu ketawa berdekah-dekah sambil berkata:
“Kahkahkah!, padan muka, berani kau tipu aku!, nasib baik aku sempat ekori kau balik. Tak sangka kau berani menipu aku, kali ini aku takkan tertipu lagi!. Kahkahkah!..”Abu mengambil harta tersebut dan berlalu pergi dengan hati gembira kerana harta itu kini miliknya seorang. Sedang berjalan dia tiba sebatang sungai dan ternampak satu papan tanda tertulis:
“Air sungai dalam dan deras”Abu ketawa sambil berkata “Kahkahkah!, aku takkan ditipu lagi!” Lantas terus meredah sungai tersebut, dia yang sememangnya tidak tahu berenang akhirnya hanyut dibawa arus deras dan akhirnya lemas lalu tenggelam didasar sungai itu. Kini tiadalah apa yang tinggal.
Isi Tersirat: Korang bayangkanlah si Ali ialah Media Massa yang bijak dalam memperbodohkan orang yang membacanya, jika korang ini spesis burung kakak tua maka jadilah seperti Abu yang bulat-bulat mempercayai apa yang Media Massa sampaikan dan bila sampai satu tahap korang dah tau kebenaran ia tak berguna lagi. Jika korang leka sahaja terhadap golongan seperti Abu dan Ali ini, maka bersiaplah menjadi mangsa keadaan seperti Mamat. Maka apa yang perlu korang lakukan?. Senang je, akal adakan?, jadi gunakan sebaiknya.

No comments:
Post a Comment