About Me

My photo
hi all !! Nma ak ialah Sa Michaisi , korang boleh pgil ak Sa. Umur aku baru je 13 taun . Ak tgal kat Felda Guar Napai, Kedah Darul Aman. Ak asal dari Pasir Gudang, Johor Bahru. So kalaw sesiapa yang ingin tahu lebeh tentang diri ak, korang bleh search ak kat facebook: Sa Michaisi :D.. Walaupun blog ak niyh taa secantik mna pun tetapi ak ucapakan terima kaseh coz sanggup see blog ak. Mhupun korang sgja lihat blog ini at dgn tdak sgja , ak taaa kesah lagipown ak wat niyh pown untuk trying jer .. hehe! ak taa lah sepandai mna untuk decrorate blog niyh secantik blog owg laen .. semua ini tuk frend ak jugak &gt>.^ hahahaha xD

World of Me

Me??

hye all..! thx for see my blog :D! although it not atrractive.., i hope u'all enjoy to see it ^^!! ~grr! dlm blog niyh ak ad argh sediakan bbrpa vidoe, so korang tgok la smbil bca cter ak.. hehe.. w'laupown vidoe ini taa the best!! wakaka!!





My Special Person

My Special Person
damn~ he is my boyfren !! he hndsme? ouh~ ,, hehe!! i know him in facebook~auw!mcm cinta pesbuk ler pulak.. hehe.., Nma dye Billy Phatiphant ^^! mmg ak syg dia gler2 .. hain! in love la..kang niyh :D. Walau gi mna pun, kmi tetap tidak mengabaikan tentang pelajaran

My World

My World

Hidup :D

Bagi seseorang hidup ini tidak memerlukan apa lagi hanya kebahagiaan dlm hidup tetapi bagi seseorang pula, hidup kita ini perlukan pelbagai benda , apa yang kita mahu, apa yang kita mimpikan, apa yang kita sukai.. tetapi ia memerlukan masa yang panjang untuk seseorang untuk mendapat benda yang mahu,mimpikan,sukai.. ia agak sukar untuk mencapai nya.. tetapi pabila kita berusaha kita akan mencapainya! Tetapi bgi pelajar seperti aku, aku hanya perlukan kejayaan dahulu . Sesetengah pelajar hidup tanpa BERCAPLE amat menyeksakan tetapi bagi aku pula, CAPLE itu tidak penting ., walaupown aku ada someone tetapi kami selalu fokus pada pelajaran . Menjadi pelajar hanya untuk belajar dan berjaya. :D! Remember that ^^



Kawan

Kita hanya dilahirkan sekali sahaja, apa salah nya andai nya kita mempunyai ramai kawan?? tidak salah kan tetapi berkawan juga perlu pilih , dari sikap,perangai dia,keluarga dia. Walaupun dia miskin atau kaya , kita tidak boleh memilih dari segi itu . Yang penting hati dia ,sikap dia. Sudah beribu-ribue kawan yanga ku temui tetapi sangat susah untuk aku baca hati mereka tetapi sekarang aku sudah tahu . Walaupun dalam fikiran aku selalu fikirkan bahawa erti persahabatan itu tidak akan kukuh untuk selmanya tetapi kini aku telah temui nya dan aku telah memahami nya .. :D.. AKU UCAPKAN ATASA RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA KAWAN-KAWAN AKU YANG SELALU MEYOKONG AKU . KORANG BOLEH ADD AKU DI FACEBOOK > SA MICHAISI (AKU SEDIA MELAYAN) :)

My Followers :D

15 July 2011

Silat

Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobudur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud sistem bela diri di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi. Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera, sistem bela diri ini diperhalusi lagi dan dikenal sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya(abad ke-7 hingga abad ke-14) untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit(abad ke-13 hingga abad ke-16), ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan.
Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah(Bapa Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa(Majapahit).

<span class=" fbUnderline">Asal-usul Silat Seni Gayong</span>
<span class=" fbUnderline"></span>
Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Syah. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi(Portugis) pada tahun 1511, hulubalang Melaka yang diketuai oleh Tun Biajid(anak Laksamana Hang Tuah) telah berundur ke dalam hutan dan seterusnya melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang telah digunakan oleh Tun Biajid dan orang-orangnya ketika menentang Portugis. Walaupun terpaksa berundur ke dalam hutan, hulubalang-hulubalang Melaka ini masih mampu menyusun suatu barisan penggempur (boleh disamakan dengan gerakan gerila) yang berpegang kepada tekad iaitu "berimau-rimau, berimba-rimba dan bergayong".
Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, Tun Biajid dan orang-orangnya terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang, untuk mencari perlindungan. Di Pahang, ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup diwarisi oleh generasi demi generasi sehinggalah sampai ke tangan Tuan Syed Zainal Al-Attas, iaitu seorang hulubalang Pahang yang hidup sezaman dengan Dato' Bahaman dan Mat Kilau.
Ada suatu kisah yang menceritakan bahawa pada zaman pemerintahan Portugis di Melaka, telah diadakan majlis keramaian tiap-tiap tahun yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Pemerintah Portugis telah mengadakan suatu pertandingan seni persembahan budaya masyarakat setempat dan memberikan ganjaran yang besar kepada pemenangnya. Dalam kategori persembahan silat, pesilat yang menunjukkan persembahan yang dianggap membahayakan telah dikumpulkan setempat dan diasingkan daripada pesilat yang mempersembahkan silat pulut yang diiringi oleh bunyi-bunyian seperti gendang. Pesilat-pesilat yang membawakan silat yang berbahaya ini telah ditangkap secara sulit lalu dirantai dan dibawa ke tengah laut dengan perahu untuk dibunuh, kerana pemerintah Portugis bimbang bahawa mereka boleh mengancam kedudukan Portugis di bumi Melaka. Ketika berada di tengah laut, dengan izin Allah dan berkat ilmu Silat Seni Gayong, rantai yang mengikat hulubalang-hulubalang Melaka itu telah berjaya diputuskan, dan hulubalang-hulubalang Melaka ini telah melawan dan berjaya menumpaskan pengawal Portugis yang mengawal mereka. Oleh kerana bimbangkan keselamatan diri mereka ekoran daripada peristiwa itu, hulubalang Melaka ini telah mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata gugusan kepulauan Melayu untuk mencari perlindungan. Sesetengah daripada hulubalang Melaka ini telah mendarat di Makasar lalu menetap di situ. Di Makasar ini, ilmu Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas, terutamanya di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan semula kesenian lama ini di Tanah Melayu.
Ada suatu riwayat yang masyhur berkenaan tujuh orang anak raja tanah Bugis yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan juga pulau-pulau yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Mereka telah belayar meninggalkan tanah Bugis dan menjelajah ke serata kepulauan Melayu untuk mencari kawasan penempatan yang baru. Salah seorang dari putera Bugis itu ialah Almarhum Daeng Kuning atau lebih dikenali sebagai Panglima Hitam. Daeng Kuning ialah moyang kepada Dato' Meor Abdul Rahman, Mahaguru Silat Seni Gayong. Syed Zainal mempelajari ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok, seorang pahlawan berketurunan Bugis dan mempunyai tali persaudaraan dengan Daeng Kuning.
Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Syed Zainal telah diperintahkan oleh Sultan Ahmad Pahang untuk mencari buah keras di Pulau Bangka, Riau, Indonesia. Di Pulau Temiang, yang terletak berdekatan dengan Pulau Bangka, mereka telah bertemu dengan Daeng Ambok Solok. Daeng Ambok Solok telah bermurah hati untuk menurunkan ilmu Gayong kepada pahlawan Pahang tersebut agar dapat digunakan untuk mempertahankan tanah air mereka kelak. Oleh kerana kesuntukan masa, mereka mengikat janji untuk kembali lagi ke Pulau Temiang setelah selesai urusan yang diamanahkan oleh Sultan. Dalam perjalanan pulang ke Pahang, Mat Kilau diarahkan untuk membeli senapang kopak di Singapura. Mat Kilau, Syed Zainal dan Dato’ Bahaman telah belayar kembali ke Pulau Temiang seperti yang dijanjikan. Mereka telah menuntut ilmu Gayong selama kira-kira dua tahun daripada Daeng Ambok Solok.
Syed Zainal Al-Attas ialah nenda kepada Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman Daeng Uda Hashim. Dato' Meor Abdul Rahman mempelajari Silat Seni Gayong daripada nendanya sendiri, Tuan Syed Zainal Syed Idris Al-Attas ketika berusia 12 tahun.

No comments:

Post a Comment